Kerjaya dan Politik Megat Junid Megat Ayob

Selepas menamatkan latihan perguruan di Maktab Perguruan Ipoh, beliau bertugas sebagai guru di Langgar, Alor Setar, Kedah. Perawakan beliau yang menarik menyebabkan beliau mudah diterima oleh kepimpinan politik di Kedah khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Universiti Malaya. Beliau dilantik menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Alor Setar pada 1972.

Semasa pentadbiran Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak, beliau ditawarkan menjadi pegawai khas kepada Tun Dr Mahathir yang ketika itu menjadi Menteri Pelajaran Malaysia (1 Januari 1975). Kemudian menjadi setiausaha sulit Dr Mahathir sehingga 1984.

Bertanding di dalam pilihan raya parlimen

Dalam pilihan raya 1982, beliau telah ditawarkan bertanding di kawasan parlimen Pasir Salak. Tan Sri Ramli Ngah Talib bertanding di peringkat DUN Kampung Gajah. Kedua-dua tokoh politik ini membentuk senario politik yang tersendiri di Kampung Gajah. Nama lama kawasan parlimen Pasir Salak ialah Hilir Perak.

Tempoh menjadi Pemimpin UMNO

Megat Junid Megat Ayub menjadi ketua UMNO cawangan Bukit Chawi di Seberang Perak, dalam daerah Kampung Gajah. Changkat Lada merupakan kawasan penempatan baru bagi penduduk yang asalnya tinggal di tepian Sungai Perak . Ramai pesawah dan petani telah diberi tanah di Changkat Lada dan dibekalkan dengan kemudahan air, elektrik, jalan raya dan lain-lain. Sejak itu pembangunan pertanian, jalan raya, elektrik dan air mula kelihatan di Seberang Perak. Sistem mini estet padi telah diperkenalkan di Seberang Perak khususnya di Blok A, C, dan Blok D . Ketika itu blok ini berhadapan dengan tanah terbiar kerana masalah air sawah tidak cukup untuk padi sawah, kekurangan tenaga kerja . Sistem mini estet yang dijalankan oleh syarikat swasta Alinan ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tahun 1984 beliau menjadi ketua bahagian UMNO Pasir Salak. 1984 beliau menjadi Timbalab Menteri Perusahaan Utama. Pada tahun 1987, beliau menjadi Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri dan pada tahun 1999 pula, beliau menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia. Tempat beliau kemudiannya diganti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada pemilihan Presiden UMNO 1987 antara Dr Mahathir Mohamad dengan Tengku Razaleigh Hamzah, wujud team A dan team B. Megat Junid terus setia bersama Dr Mahathir Mohamad.

Pada 1997-1998, ketika pemecatan Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Megat Junid terus setia dengan Dr Mahathir Mohamad. Sementara penganalisis politik melihat Tan Sri Ramli Ngah Talib selaku Menteri Besar Perak yang juga ketua perhubungan UMNO Perak berada di sebelah Anwar. Tetapi kemudian Tan Sri Ramli Ngah Talib berpihak kepada Dr Mahathir Mohamad.

Dalam pilihan raya 1999, Ramli Ngah Talib bertanding di parlimen Pasir Salak. Emak saudara Ramli, Datuk Ainon Khariyah Mohd Abas telah bertanding di DUN Kampung Gajah pula. Megat Junid telah diminta bertanding di parlimen Parit tetapi tewas kepada Ustaz Mat Bashir Rahmat - PAS. Sebelum itu Ainon bertanding di parlimen Parit. Senario ini dilihat sebagai pergeseran antara kedua-dua tokoh UMNO di Kampung Gajah ini.

Pada tahun 2001, Megat tewas kepada Ramli dalam perebutan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak. Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan pada 2003, kedudukan Megat Junid semakin goyah. Pada 2004, beliau tidak lagi menyertai pilihan raya 2004.

Peristiwa semasa beliau menjawat Timbalan Menteri Dalam Negeri

Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri. Semasa inilah kumpulan Al Arqam telah 'ditawan' di Hat Yai, Thailand dan akhirnya satu 'pengakuan bertaubat' telah diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur . Pengakuan taubat oleh Ustaz Asaari Muhammad dan pimpinan pusat telah disiarkan secara langsung oleh RTM1.

Pada tahun 1989, Perjanjian Haadyai telah ditandatangani di Thailand . Ketika itu beliau menjawat jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri . Chin Peng, Rashid Maidin dan lain-lain telah bersetuju meletakkan senjata.

Setelah berundur dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, beliau dilantik menjadi Ketua Penerangan UMNO.